WebPantas DP v1.2

Pengenalan

        Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Panggil saya Dark Wan. Saya akan membantu anda mempelajari cara membuat  laman web selepas ini. Terdapat beberapa cara untuk mereka sebuah laman web. Jika anda hanya mahukan sebuah laman web yang ringkas, anda mungkin hanya memerlukan perisian Notepad sahaja manakala untuk membina laman web yang lebih menarik, perisian seperti Adobe GoLive atau Macromedia Dreamweaver mungkin diperlukan. Sebenarnya, tiada suatu cara yang khusus untuk mereka laman web. Seorang pereka laman web professsional pun akan menggabungkan lebih dari satu perisian untuk mereka sebuah laman web.

Apa itu HTML ?

        HTML adalah 'world wide programming language' yang membenarkan pengguna untuk mencipta laman web mereka sendiri. Dicipta oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1989, HTML adalah singkatan kepada HyperText Markup Language. Ia adalah bahasa yang digunakan untuk mencipta dokumen elektronik, terutamanya laman di World Wide Web dan mengandungi sambungan ke laman lain yang dinamakan hiperlink. Cara untuk melihat tag HTML pada pelayar Internet Explorer adalah ;

Internet Explorer 5.0 : View > Source

( Tanda " > "  pada ' View > Source '  bermakna, klik pada View dan kemudian pergi ke Source. Saya akan menggunakan singkatan sebegini pada halaman-halaman lain dalam tutorial ini ) 

Apa yang anda lihat adalah seperti begini ..

<HTML><HEAD>.....</HEAD></HTML>

        Walapun pada hari ini, banyak perisian membuat laman web yang menawarkan WYSWYG ( What You See is What You Get ) yang membolehkan individu yang tidak mengetahui HTML pun boleh mereka laman web, namun bagi saya, pengetahuan asas tentang HTML adalah penting jika anda mahu menjadi pereka laman web yang baik. Percayalah - terdapat beberapa masalah nanti yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah WYSWYG dan ia dapat diperbaiki jika anda mengetahui kod-kod HTML. Walaupun anda tidak mengetahui semua tag-tag HTML, namun cukuplah jika anda tahu bagaimana ia berfungsi. Untuk mempelajari asas HTML, anda boleh menggunakan perisian TeachMe HTML dan jika anda berminat dengan lebih lanjut lagi tentang HTML, anda boleh download perisian PageTutor 4.7.       

        Microsoft FrontPage adalah perisian yang boleh menghasilkan sebuah laman web yang menarik. Ia sejenis perisian WYSWYG dan ia adalah perisian yang akan kita guna dalam tutorial kita ini. Versi yang saya akan kita gunakan adalah Microsoft FrontPage 2000. Jika anda menggunakan Microsoft FrontPage 2002, jangan khuatir. Ia lebih kurang sama sahaja.        

        Selepas ini, anda akan mempelajari sedikit tag-tag HTML sebelum kita mempelajari sepenuhnya tentang Microsoft Frontpage. Untuk ke bab seterusnya, sila klik di sini.


| Indeks | Teruskan |