Upload Ke Geocities
Pilih Pakej Anda
Sebelum mendaftar di mana-mana perkhidmatan webhosting, pastikan dahulu apa yang ditawarkan oleh webhost tersebut. Perhatikan juga kesesuaian laman web anda dengan imej yang anda bawa. Untuk kelihatan professional, nama laman web anda (juga dikenali sebagai URL ) haruslah pendek dan senang diingati. Nama laman web juga mencerminkan keperibadian anda. Jadi, pilihlah nama yang anda rasakan sesuai.
Bandingan antara pakej yang ditawarkan oleh Geocites.
| Geocities Free |
| Bayaran - percuma |
| Ruang akaun - 15 MB |
| URL - http://www.geocities.com/nama_anda |
| Pemindahan data 3GB/bulan |
| Easy Upload Tool - pindahkan laman web dan imej dari komputer anda ke tapak web anda |
| File Manager - Cipta, edit, upload, padam dan selenggara direktori dan subdirektori |
| GeoCities Advantage |
| Bayaran - Pemasangan US$25 (sekali sahaja) dan US$19.95/bulan |
| Ruang akaun - 100MB |
| URL - http://www.nama-anda.com |
| Pemindahan data 25GB/bulan |
| Email edisi perniagaan di atas domain anda (cth; [email protected]) |
| 15 subdomain |
| Sokongan PHP, perlindungan kata laluan, snapshot backup, log akses, dan banyak lagi |
Bila nak Upload ni .. ??
Ok la .. saya mengandaikan anda seperti pengguna biasa lain dan memilih pakej Geocities Free. Sebelum upload, pastikan semua fail yang berkenaan ditempatkan di dalam satu folder/direktori. Saya sudahpun menerangkan tentang perkara ini sebelum ini.
Pertama sekali, anda perlulah mendaftar akaun anda di http://www.geocities.com. Jika anda sudah pun mempunyai email di http://www.yahoo.com, anda boleh menggunakan Yahoo ID anda itu untuk Geocities juga. Nama akaun anda akan menjadi sebahagian daripada URL anda, sebagai contoh, saya menggunakan nama akaun the_darkwan. Jadi, URL saya ialah http://www.geocities.com/the_darkwan.
Pertama sekali, masuk ke http://www.geocities.com. Anda akan melihat gambar seperti di bawah. Masukkan Yahoo ID dan password anda itu.

Anda akan dibawa ke laman ini .. Pilih File Manager.

Klik pada Open File Manager

Inilah dia File Manager

Dalam contoh gambar di atas, terdapat fail dan subdirektori. Dengan File Manager, anda boleh menguruskan laman web anda itu seperti membuat subdirektori, memindahkan fail dari satu direktori ke direktori yang lain, menyunting fail HTML dan lain-lain lagi. Untuk Upload fail, sila klik pada 'Upload Files'. Dalam Geocities, utiliti upload ini dinamakan Easy Upload.
Klik pada Browse dan anda akan lihat paparan seperti di bawah. Klik pada fail yang anda hendak upload dan klik Open.
Selepas itu, klik pada Upload Files. Lihat contoh di bawah ;

Anda akan dimaklumkan bahawa fail yang anda masukkan itu sudah berjaya di 'upload'

Contoh di atas menunjukkan satu fail berjaya di'upload'. Namun, ini bukan bermakna yang anda hanya boleh upload hanya satu fail dalam satu-satu masa malah lebih dari satu.
Itu sahaja ! Mudah .. kan ..
Nota :
1. Laman pertama sekali di laman web anda haruslah dinamakan sebagai index.htm atau index.html. Ini kerana setiap kali anda menaip URL http://www.geocities.com/the_darkwan, webhost sebenarnya menunding kepada fail index.html tersebut.
2. Anda tidak boleh upload direktori dan keseluruhan fail di dalamnya sekaligus. Apa yang anda perlu lakukan ialah, cipta satu direktori baru di dalam File Manager, kemudian masuk ke direktori tersebut barulah Upload Files.
[ Balik ]
Tutorial ini diambil daripada tutorial webpantas DP v1.2 yang dihasilkan oleh darkwan.