Pelajaran 9 : Upload Hasil Kerja Anda

Selepas mempelajari bab ini, anda sepatutnya akan ;
>>  Dapat upload hasil kerja anda ke Internet

Mari Kita Mula ..

        Anda sudahpun membuat laman web anda sendiri. Dan tibalah masanya untuk anda menunjukkan hasil kerja anda itu kepada rakan-rakan. Anda mahu meletakkannya di Internet supaya rakan-rakan anda di seluruh dunia boleh mengaksesnya tapi .. bagaimana ?


Memilih WebServer       

         Pertama,  anda perlulah mencari sebuah webserver yang dapat menjadi hos kepada laman web anda itu. Webserver - juga disebut sebagai webhost. Terdapat banyak syarikat yang meng'hos'kan laman web dengan bayaran-bayaran tertentu. Mujurlah terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan secara percuma dengan syarat-syarat yang tertentu. Oh .. dan sudah tentulah dengan fungsi-fungsi yang agak terhad berbanding dengan perkhidmatan berbayar.

        Saya hanya memberi tumpuan kepada Geocities dan Tripod kerana ia lebih dikenali berbanding webhost percuma yang lain. Namun, ada juga server yang lebih bagus - terpulanglah kepada anda untuk menentukan server pilihan anda. Sebelum itu, kita perhatikan istilah-istilah yang akan digunakan selepas ini. 

1. Fail : Fail *.htm, *.html, *.jpg, *.jpeg, *jpeg, *.mp3, *.zip atau apa-apa jenis data sekalipun
2. Local host : Komputer yang anda gunakan
3. Web host : Komputer yang meng'hos'kan laman web anda. Anda mestilah mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh webhost ini.

    Sila pilih menu anda :

Upload Ke Geocities
Upload Ke Tripod
Upload Dengan Perisian FTP
Masalah dan Penyelesaian

    Pilih 'Upload Ke Geocities' jika anda mahu upload laman web anda ke server Geocites. Begitu juga jika anda memilih Tripod sebagai webhost anda, maka klik pada 'Upload Ke Tripod'. Terdapat server yang membenarkan akses FTP dan jika webhost anda membenarkan akses FTP, maka anda patut cuba 'Upload Dengan Perisian FTP'. Sila rujuk 'Masalah dan Penyelesaian' jika anda menghadapi masalah ketika upload fail untuk laman web anda itu. 


| Balik | Indeks | Tamat |