FAQ - Masalah Dan Penyelesaian

 
Soalan     : Saya menggunakan Leech FTP untuk upload laman web saya ke Geocities dan menerima mesej error. Apa masalahnya ?
Jawapan : Bermula pada 2 April 2002, Geocitis telah membuat keputusan untuk menutup akses FTP untuk pelanggan percuma (Geocities Free ). Jika anda masih ingin menggunakan cara FTP untuk upload laman web ke server Geocities, anda haruslah upgrade akaun anda ke sekurang-kurangnya ke Geocities Pro.

 
Soalan     : Saya menggunakan Geocities. Kenapa saya mendapat mesej error " Invalid filename" ketika saya mahu upload installer mIRC saya ? 
Jawapan : mIRC, adalah sejenis program dan mempunyai sambungan .exe. Menurut Geocities, untuk langkah keselamatan, ada antara format fail yang tidak dibenarkan untuk di'upload'. Sila pergi ke
http://us.geocities.yahoo.com/v/filetypes.html untuk keterangan lanjut.


Soalan     : Saya cuba upload eBook (format PDF) dalam laman web saya. Saya pasti format fail ini dibenarkan untuk diletakkan di akaun Geocities saya. Malangnya, saya mendapat mesej error setiap kali saya cuba nak upload nya.
Jawapan : Anda tidak digalakkan untuk upload fail yang terlalu besar, lebih-lebih lagi jika anda mengunakan sambungan Internet secara dial-up. Pastikan saiz setiap satu fail tidak melebihi 2MB setiap kali anda ingin meletakkan bahan di laman web anda.

 
Soalan     : Saya menerima amaran " WARNING: You do not currently have an "index.html" or "index.htm" file ". Apa yang perlu saya buat ?? 
Jawapan : Jangan takut. Apa yang perlu anda buat ialah, namakan fail yang menjadi laman permulaan bagi laman web anda kepada index.html. Masalah selesai !!

 
Soalan     : Link yang saya buat antara setiap laman tidak jadi. Maksud saya, bila saya klik pada link itu, ada keluar mesej dr webhost yang fail itu tidak wujud. Bagaimanapun, bila saya membuka akaun saya, saya melihat fail itu ada di situ ! Kenapa yer ??
Jawapan : Pastikan link anda dari satu laman ke laman lain dengan nama yang betul. Kebanyakan server (berasaskan UNIX, terutamanya) adalah case sensitive. Ini bermaksud, index.html, index.HTML dan InDeX.HtML adalah tiga fail yang berbeza. Jadi, teliti nama fail anda !!

Untuk bantuan dari webhost berkenaan tentang permasalahan ini dengan lebih lanjut, sila pergi ke 

Geocities :
http://help.yahoo.com/help/us/geo/gfiles/ 
Tripod     :
http://help.lycos.com/LycosHelp/help/tripod/htdocs/tripod_1_help.htm 

 


[ Balik ]