Upload Dengan Perisian FTP

FTP ? Apa tu ?

        FTP bermaksud File Transfer Protocol. Anda boleh 'upload' laman web anda ke webhost dengan mudah dengan menggunakan mana-mana perisian FTP-client seperti Leech FTP, WS_FTP, Cute FTP dan banyak lagi. Saya memilih Leech FTP kerana saiznya kecil (boleh dimuatkan di dalam disket ) dan yang penting, ia percuma. Anda boleh mendapatkan perisian Leech FTP di http://www.download.com.  

Ciri-Ciri Menarik Pada Leech FTP
Multithreading untuk pemindahan serentak
Boleh upload fail dan juga direktori
Boleh download fail dan juga direktori
Queue Timer untuk pemindahan yang dijadualkan
SmartResume
Antaramuka FTPSearch
Download fail HTTP

OK. Saya dah ada Leech FTP. Apa langkah seterusnya ?

        Menggunakan Leech FTP adalah semudah 1-2-3. Ia ringkas dan anda boleh menguasainya dalam masa tidak sampai 10 minit. Bagaimanapun, saya meletakkan sedikit panduan bagaimana untuk menggunakannya di sini.

        Masuk ke program Leech FTP. Pergi ke Local dan pilih Change Directory. Pergi ke folder di mana anda meletakkan laman web yang anda mahu upload itu.   

        Untuk bersambung ke webhost dengan FTP, sila klik ikon berbentuk seperti kilat yang terletak di kiri sekali. Anda akan melihat kekotak seperti di bawah. Masukkan alamat FTP, username dan password. Sebagai contoh, untuk Tripod, alamatnya ialah ftp.tripod.com. Klik OK.  

 


        Sekiranya semua maklumat yang dimasukkan itu betul, anda boleh melihat gambar seperti di bawah. Perhatikan kawasan kotak merah adalah local host dan kotak biru adalah remote host. 

        Anda boleh upload fail mahupun direktori dan keseluruhan fail di dalamnya sekaligus. Ini antara kelebihan menggunakan FTP. Cuma klik kanan pada fail atau direktori yang dikehendaki dan pilih 'Upload Files'. Anda juga boleh 'drag-and-drop' terus ke remote host.  

        Kekotak di kiri sekali menunjukkan fail yang sedang di'upload'. Bergantung kepada saiz, lebih lama saiz sesuatu fail itu, maka lebih lama masa yang digunakan. Jika fail yang hendak di'upload' itu terlalu banyak, maka ia akan diberikan status 'Queue' atau menunggu. 

        Ia lebih mudah kerana anda kelihatan seperti menggunakan Windows Explorer sahaja dan anda boleh membandingkan apa yang ada pada remote host dan local host dengan lebih mudah. Lagipun, untuk memindahkan fail yang bersaiz lebih dari 2MB, penggunaan FTP adalah lebih efisyen dan oleh dipercayai.

Nota :

1. Perisian FTP bukan sahaja digunakan untuk 'upload' fail, malah boleh digunakan untuk download.

2. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Leech FTP, sila baca Help File yang disediakan di dalam perisian itu.

3. Teliti webhost anda sama ada ia menawarkan akses FTP atau tidak. Ada juga webhost yang menawarkan hanya akses FTP untuk upload fail. 

 


[