Upload Ke Tripod
Pilih Pakej Anda
Sebelum mendaftar di mana-mana perkhidmatan webhosting, pastikan dahulu apa yang ditawarkan oleh webhost tersebut. Perhatikan juga kesesuaian laman web anda dengan imej yang anda bawa. Untuk kelihatan professional, nama laman web anda (juga dikenali sebagai URL ) haruslah pendek dan senang diingati. Nama laman web juga mencerminkan keperibadian anda. Jadi, pilihlah nama yang anda rasakan sesuai.
Bandingan antara pakej yang ditawarkan oleh Tripod.
| Tripod Free |
| Ruang Percuma - 20 MB |
| URL- http://nama-anda.tripod.com |
| Imej percuma - lebih dari 10,000 imej |
| FTP Enabled |
| Microsoft FrontPage Enabled |
| Tripod Plus |
| Tiada ads (iklan) atau pop-up yang menyusahkan |
| Bayaran - pemasangan US$10 (sekali sahaja ) dan US$4.95/bulan ++ |
| Ruang permulaan sebanyak 25 MB dan boleh ditambah lagi sehingga 250 MB |
| Lebih bandwidth |
| Pemindahan data 25GB/bulan |
| File Sharing |
| Imej percuma - lebih dari 10,000 imej. |
| JavaScript & CGI Script Library |
| Microsoft FrontPage Enabled |
Bila nak Upload ni .. ??
Ok la .. saya mengandaikan anda seperti pengguna biasa lain dan memilih pakej Tripod Free. Sebelum upload, pastikan semua fail yang berkenaan ditempatkan di dalam satu folder/direktori. Saya sudahpun menerangkan tentang perkara ini dalam Pelajaran 1.
Pertama sekali, anda perlulah mendaftar akaun anda di http://www.tripod.com. Nama akaun anda akan menjadi sebahagian daripada URL anda, sebagai contoh, akaun jack_immunocal. Jadi, 'URL'nya ialah http://jack_immunocal.tripod.com.
Pertama sekali, masuk ke http://www.tripod.com. Anda akan melihat gambar seperti di bawah.
Masuk ke laman web Tripod di http://www.tripod.com. Klik pada Build.

Selepas anda memilih Build, anda akan melihat paparan ini
Pilih FileManager. Anda akan disuruh untuk memasukkan username dan
password

Anda sekarang sudah berada di File Manager. Semua fail yang terdapat di webhost anda akan dipaparkan di sini, termasuk direktori yang terdapat di dalamnya.

Sila teliti gambar di atas dan beri perhatian kepada kawasan yang dibulatkan.
Bulatan Kuning : Nama laman web anda.
Bulatan Merah : Cara hendak upload fail-fail dari local host ke server webhost. Jika nak upload fail
biasa, maka pilih upload single files. Jika mahu upload fail dalam bentuk zip, pilih .ZIP files.
Bulatan Ungu : Senarai fail dan direktori yang terdapat di dalam akaun anda.
Cara untuk upload adalah sama seperti cara anda
meletakkan attachment pada email. Klik di 'single files(8) dan akan keluar paparan seperti gambar di
bawah. Klik di browse, dan akan keluar tetingkap kecil yang membolehkan anda pilih fail mana yang hendak
di'upload'.

Anda diberi pilihan untuk menamakan semula nama fail itu. Jika anda tidak mahu menamakan semula fail itu, biarkan ia
kosong. Setelah selesai, cari perkataan upload di bahagian bawah sekali halaman itu dan klik bila anda mahu 'upload' fail-fail
berkenaan.
Jika ia berjaya di'upload', maka ada paparan yg menyatakan ia berjaya
di'upload'.
Contoh di atas menunjukkan satu fail berjaya di'upload'. Namun, ini bukan bermakna yang anda hanya boleh upload hanya satu fail dalam satu-satu masa malah lebih dari satu.
Itu sahaja ! Mudah .. kan ..
Nota :
1. Laman pertama sekali di laman web anda haruslah dinamakan sebagai index.htm atau index.html. Ini kerana setiap kali anda menaip URL http://jack_immunocal.tripod.com, webhost sebenarnya menunding kepada fail index.html tersebut.
2. Anda tidak boleh upload direktori dan keseluruhan fail di dalamnya sekaligus. Apa yang anda perlu lakukan ialah, cipta satu direktori baru di dalam File Manager, kemudian masuk ke direktori tersebut barulah upload fail-fail yang dikehendaki.
3. Anda boleh menggunakan perisian FTP-client untuk upload laman web ke server Tripod.
[ Balik ]